Reformasi.

ARAHAN RASMI
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

ARAHAN LAPORAN POLIS KE ATAS BUKU ‘REFORMASI, RESISTANCE AND HOPE IN NEW MALAYSIA

29 Jun 2020 | 7 Zulkaedah 1441 H

  1. Pemuda PAS melahirkan rasa kecewa terhadap penularan gambar depan buku ‘Reformasi, Resistance And Hope In New Malaysia’, kompliasi artikel disunting oleh Kean Wong, yang diterbitkan sebagai buku ‘indie’ oleh syarikat penerbitan Ilham Books.
  2. Pemuda PAS sangat yakin buku seperti ini pastinya tidak melalui prosedur kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri, dan perkara ini sepatutnya perlu dihindar atas faktor kepentingan dan keselamatan negara.
  3. Buku seperti ini membawa kepada tercalarnya imej negara dengan penghinaan ke atas Jata Negara yang menjadi lambang kemegahan negara kita. Ianya juga menjadi faktor buku-buku indie yang berkualiti dan mampu membina pemikiran yang matang, menerima persepsi buruk serta terjejas akibat daripada penghinaan yang dibuat oleh penerbitan buku ini.
  4. Maka, Pemuda PAS dengan ini mengarahkan seluruh sayap Pemuda PAS Negeri-Negeri dan Kawasan untuk membuat laporan polis dan membawa kepada pengharaman buku ini daripada sampai ke tangan rakyat Malaysia. Kita tidak mahu buku ini terus menyebarkan fikrah songsang serta mengancam perpaduan dan keselamatan negara.

Sekian, terima kasih

IR KHARIL NIZAM
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

PemudaPAS

DemiIslam

KitaJagaKita